CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 29 December 2009

kelebihan ayat kursi

sinar cahaya ayat kursi

dalam sebuah hadis ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk diatas pintu rumah . tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. sebab itulah Rasullulah tidak akan masuk rumah sehinggalah baginda mendengar jawapan salam dari isterinya . di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. hikmat ayat al-kursi mengikut hadis-hadis.

  • barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya sehingga subuh.
  • barang siapa membaca ayat kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • barabg siapa membaca ayat kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membaca nya ketika hendak tidur , ALLAH SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah sekitarnya.
  • barang siapa membaca ayat Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur , setiap perbuatan orang yang benar , pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • barang siapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya- mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • barangsiapa membaca ayat kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • barangsiapa yang membaca ayat kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
  • mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanayak 18 kali maka akan dibuka dadanya dengan berbagai hikmah ,dimurahkan rezekinya , dinaikan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insya allah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis Rasullulah saw bersabda bermaksud : "sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.."

dari Abdullah bin 'Amr r.a Rasullulah SAW bersabda," sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

ani pesanan dari seorang guru kepada pelajarnya :

setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekali pun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia seperti :

  • di kenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan ( sakit santau) , penipuan dans sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
  • terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut,rogol,kecurian dan pembuli jalanan.
  • dijauhkan daripada fitnah jalanan seperti ketika memandu,kemalangan jalan raya ,tayar pancit dan sebagainya . semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah SWT atas keyakinana kita padaNya isitu hikmah iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad saw. bagi kamu lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat kursi dan 7 kali bagi ayat 3 ayat Qul. hikmah kelebihannya banyak bagi mereka yang mengamalkan.

Bagi sesiapa yang mempunyai baby atu..masa ia tidur,bacakan lah ayat Kursi sambil kita memegang ubun-ubunnya dan niatkan lah yang baik-baik untuk the baby..insya allah Dia makbulkan.. pasalnya doa seorang ibu selalu dimakbulkan..insya allah. ani dengan izin Nya jua..yang penting kita berusaha..

love me till the end of mybreath =")

Monday, 28 December 2009

activities..

assalammualaikum..
apa ada hari ani? hmm..td pagi hiking di bukit markucing...dan aku menyedariii yang aku tidak sanggup naik bukit.hahaha...but i did it!! yess aku survive! aku dapat naik tmpat yg tinggi walaupun awal2 atu kn give up saja rasanya...hehehehe...nda lama lagi aku jd urg BUKIT ni..hahahaha..if you knw wat i mean..*ooo geez*

bukan nya apa..ngaleh berabiss ku 3 hari anii...apa inda luan bnyk activiti..yg palin mahal masa hari ahad la...apanah?? aku gugur dari tngga mendasur smpai ke bawah..hahahha...sakit nya bukan main..belaguran bh bunyi nya..satu rumah riuh dan belusiran rah ku...mula-mula atu aku kan act cool..maklum malu bh tu..hehehhe..tetapi akhir nya jatuh juga air mata saya....sesunggunhnya saya betul2 kesakitan..ini kerana awal2 atu aku terpusing badan ku..sakit ee..luckily, kepala ku nda kana biding tngga aa..mun plastik tngga atu..ok kali ku..ani simen bah laii...ujung2 nyawa bh tu...alhamdulilah nda papa..abis saja paha ku,tngn ku luka dan bahu kiri ku terseliuh...

tapi yg cali nya..bila ia tau aku gugur selajur gosok2 nya bh paha ku..yg paling mahal di tiup2 nya..hahaha..ani ku nda phm ni...knapa ia tiup..kasih sayang jua bnr...hehehe...tp bnr2 an tah ku menangis...memalukan...hehehe...apa jua ulah sakit bnr bh...terasa hidup ku ended rah tangga.lol.

esuk nya dia bawa aku main badminton di ubd..sangal abiss ni tubuh ku aa...beketeratupan dh tulang ku anii..hahahhaha...

malam nya..damam tah ku..kesiannnn...alhamdulilahnya ani okay dah...=) jgn luan di manjaii saja..okay tah tuu...

apa lagiii aa?
o yeahh..this is for erzalina...enjoy ur holiday at KL...next year we go HONGKONG k?? heheheh...

i think thats it...i'll update soon..

insya allah..

Sunday, 27 December 2009

doa minta kesembuhan

"bismillahi bismillahi bismillahi, a'nguzubillahi wa'qudratihi min syharamaa ajidhu wa'u'haazhir.."

ertinya : "..Dengan nama Allah, dengan nama Allah, dengan nama Allah,aku berlindung pada Allah dan QudratNya dari kejahatan penyakit yang aku derita dan aku takuti..."

keterangan dan kebaikan ayat ini :

Hadis yang diriwayatkan oleh muslim dan Ibnu Malik dan Mutawaththa, bahawa Utsman Ibnu Abil Ashassaqafi telah menderita sakit pada salah satu anggota tubuhnya. kemudian dia datang kepada Rasullulah s.a.w menerangkan tentang penyakit yang dideritainya.

Rasullulah s.a.w berkata: "letakkan tanganmu pada bahagian yang sakit. bacalah doa di atas tujuh kali, angkatlah tanganmu dan taruhkan kembali,kemudian bacalah lagi tujuh kali,ulangilah beberapa kali setiap hari dan malam"


Utsman Ibnu Abil Ashassaqafi menerangkan, setelah aku kerjakan fatwa Rasullulah s.a.w itu, tidak lama kemudian aku merasa sembuh dari penyakit yang telah ku deritai beberapa waktu lamanya.


[doa ani bagus bagi sesiapa yang ada penyakit atu..penyakit ani ada mcm2,sakit kaki,sakit kulit dan sakit hati..hehehe...sekurang-kurangnya kita berusaha dan tawakal kepadaNya...dengan izinNyaa jua kita dapat sembuh...oh btw siapa ada doa2 yang bagus2 please send it to my email ya....untuk pengetahuan jua Ayat kursi pun paling bagus...nanti aku masukkan disini..apa bagusnya ayat kursi ani k...sama-sama kita belajar...yuuhuuuu...] =)

Saturday, 26 December 2009

kehidupan..

kadang bila kita sudah berusaha,ada seperkara yang kita nda dapat tolak..TAKDIR...
bila kita menginginkan mcm ani..bila yang di atas mau mcm ani..masih kita nda dapat buat apa-apa..kehidupan hanya pinjaman...semua miliknya. ia boleh tarik bila-bila masa Dia kehendaki....jawapan ada pada kita sendiri..walau apapun yang terjadi,jgn di sesali...
ia tah udah tu...

Ajal,maut,jodoh dan rezeki di tangan Allah....

Friday, 25 December 2009

ya itu...tapi ini...boleh?

assalamualaikum..
just got back from empire..tiring...sakit badan aniii..hehehe..
tadi khutbah sal mendidik anak kan? Bagus khutbah nya... =)

next week if nada aral melintang kan solat jumaat...ikut dia..
masa tu aku ikut..alum abis khutbah,mata ku dah layuu..hehehe...tapi aku nda tidur aa...
banar tah...

nada apa kn kucetakan bnar nya..FB dah bnyk perubahan..bnyk jua yg sasak..chill saja laii...hehehe..aku terpaksa pvt mana yg aku inda mau liat kan...o yeah..i put some my fav songs in my playlist..dngar2 saja k..mun nda mau dngr takan pause saja..

layu dah aku ani..otak ku pun nda tau kan pikir apa...
i think i need my sleep now..

goodnyt sayang.....

Thursday, 24 December 2009

khutbah terakhir Baginda Rasullulah...

9 zulhijjah tahun 10 hijrah dilembah uranah,bukit arafah..

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan lah ia kepada orang-orang yang tak dapat hadir disini pada hari ini .

"Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci , anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang diamanah kan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkann riba,oleh itu,segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


"berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. dia telah berputus asa untuk menyesatkan dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil..

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak keatas kamu. sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu , maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian ,dalam suasana kasih sayang. layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini , sembahlah Allah ,dirikanlan solat lima waktu ,berpuasalah dibulan ramadhan,dan tunaikan lah zakat dari harta kekayaan kamu. kerjalakan lah ibadah haji sekiranya kamu mampu . ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain . kamu semua adalah sama ; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


"Ingatlah bahawa kamuakan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala yang kamu kerjakan . oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia , tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahami lah kata-kataku yang telah ku sampaikan kepada kamu. sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lama nya. itulah al-quran dan sunnah ku..

"Hendaklah orang-orany yang mendengar ucapanku , menyampaikan pula kepada orang lain . semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata ku dari mereka yang terus mendengar dariku, saksikanl lah Ya ALLAH bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba Mu..."

derita merindu

kau katakan cinta gunakan akal
bila aku gunakan
kau yang menyangkal
bagaimana nak kekal?
kau katakan cinta gunakan minda
bila aku gunakan kau yang tak percaya
bagaimana nak bahagia?


maafmu tak beerti
kau mudah sesali
berulang kali telah kau mungkiri
mulut manis berjanji terpedaya lagi
menanti biar terus didustai

kaulah bahagia
kaulah derita
esok lusamu
tak ku kenal lagi kau siapa


dan aku cuba sedaya upaya
telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu didepan mata
harum bau mu masih dapat ku hidu
bagaimana ingin aku membencimu
jikalau setiap hari merindu
sekiranya derita merinduimu
itu sebenarnya bahagia
aku pilih derita


jika kau dapat memahami hati seorang perindu
baru kau tahu derita hatiku
jika sutau hari giliran kau merindu
baru kau ingat derita diriku
segala yang berlaku bukan kemahuanku
apa gunanya bahagia
jikalau bahagia bersama mu
hanyalah untuk sementara waktu
aku pilih derita merinduimu...